Sunday 19 June 2011

TAHAP KEPERLUAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN GURU-GURU


TAHAP KEPERLUAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN GURU-GURU DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH
Penyelidik

Wan Mohamad Wan Ibrahim
Hazlina Awang Lah
Zakarna Jusoh
Zari Ibrahim
  
Abstrak

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT, sumber-sumber ICT yang sering digunakan dan halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam P & P. Kajian ini dilakukan terhadap guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di beberapa buah sekolah di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kepada 142 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri daripada guru siswazah dan guru bukan siswazah di jajahan Kota Bharu yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Sosial Sciences) bagi mencari kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat sebilangan guru-guru memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT tetapi tidak berpeluang melaksanakan dalam P & P di bilik darjah. Halangan utama dalam penggunaan ICT dalam P & P ialah ramai di kalangan guru-guru yang masih ‘tidak celik ICT’. Untuk mencapai hasrat guru bestari, pihak pengurusan pendidikan haruslah memberi perhatian dengan mengadakan kursus-kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru sekolah. Kelengkapan ICT sekolah perlu dipertingkatkan bagi memberi peluang kepada guru yang mempunyai kecekapan melaksanakan P & P dengan menggunakan ICT.

 1.1    Pengenalan

Keupayaan menggunakan ICT secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda penting sebagai prasyarat kepada pengguna untuk memperolehi dan mengeksploitasikan maklumat setiap aktiviti manusia di mana sahaja.  Bentuk ICT akan berubah mengikut peredaran masa. Keperluan akan kebolehan menggunakan ICT tetap kekal sebagai kunci untuk ikut serta secara mutlak dalam masyarakat bermaklumat.

Kurikulum sekolah sudah menuntut  betapa pentingnya penguasaan  pengetahuan dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah . Kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah , apalagi di maktab perguruan yang menjadi tempat latihan bakal guru. Guru pelatih mesti belajar ICT dalam jumlah kredit tertentu dan diambil kira sebagai penyumbang mata gred pada akhir penilaian kursus mereka. Begitu juga dengan guru-guru sekolah tidak ketinggalan dalam arus perdana ini . Kursus-kursus ICT sudah banyak diadakan di Maktab Perguruan sehinggakan semua guru terpaksa belajar ICT.

Para guru kini lebih tercabar lagi dengan dasar baru kementerian pendidikan yang menghendaki guru di Tahun satu sekolah rendah, tingkatan satu, dan tingkatan enam mulai awal tahun 2003 mesti mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris . Mereka dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya. Bayangkan bagaimana kalau guru tidak menguasai kemahiran ICT dan pengetahuan berkaitan . Akan sesialah kerajaan mengeluarkan belanja yang tidak terhad untuk kemudahan itu jika guru langsung masih segan dengan komputer. Bagaimana pula dengan makmal komputer yang disediakan di kebanyakan sekolah sekarang?

1.2    Pernyataan Masalah

Di Malaysia konsep universiti maya telah lama dibahaskan.Malah kini sudah lahir universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui kemudahan  Internet. Program ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT . Sekolah bestari dengan segala kemudahan ICT sebagai titik permulaan ke arah itu.

Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sudahkah guru bersedia dengan cabaran ini?

1.3              Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan dengan tujuan berikut :

1.3.1          Mengenal pasti persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
1.3.2          Melihat tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.3.3          Melihat apakah sumber ICT yang selalu digunakan oleh para guru
1.3.4          Melihat halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam pengajaran guru.
1.4              Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1.4.1          Apakah persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
1.4.2          Apakah tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.4.3          Apakah sumber ICT yang selalu digunakan oleh para guru
1.4.4          Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam pengajaran guru

1.5              Signifikan Kajian

1.5.1          Memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
1.5.2          Membantu pihak pentadbir ( penggubal kurikulum ) dalam merangka kurikulum yang sesuai berhubung ICT untuk bakal guru dan guru dalam perkhidmatan
1.5.3          Dapatan kajian ini dapat membantu pihak pusat sumber sekolah, Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri merancang kursus yang sesuai dengan keperluan guru bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.5.4          Membantu pihak tertentu menyediakan jenis-jenis sumber ICT yang diperlukan oleh para guru

1.6              Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada guru sekolah rendah dan menengah di jajahan Kota Bharu sahaja. Jumlah sampel kajian ialah sebanyak 142 orang (10 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah).

Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua keadaan. Dapatan kajian ini hanya relevan pada aspek tempat dan kumpulan yang dikaji sahaja.

1.7              Definisi Operasi

1.7.1          ICT untuk kajian ini dimaksudkan sebarang sumber berasaskan komputer, sama  ada melalui rangkaian atau tidak, termasuk perkakasan dan perisian yang boleh diperolehi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber ICT yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

·         Internet
·         E-mail
·         Network
·         Video Conference
·         Fax
·         Word Processing
·         Database Spreadsheet

·                Desktop Publishing
·                Digital Scanner
·                Digital Camera
·                Educational Software
·                CD-ROM Information Source
·                On-line Information Source




2.   Tinjauan Literatur

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat.

Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini.  Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990).

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam asas pendidikan seumur hidup serta memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam P & P. Menurut Rhodes dan Cox (1990), peningkatan beban kerja di sekolah telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru.

Semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan asas prasarana telekomunikasi menjelang 2005 bagi membolehkan pelajar dan penduduk pedalaman turut mendapat kemudahan akses maklumat.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata, pembangunan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pedalaman agak ketinggalan masa kini berbanding di bandar. Penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini untuk menjayakan lagi prasrana ini.  Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P & P yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991).

Banyak persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis di 89 buah sekolah. Antaranya ialah adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) manual lebih pantas berbanding menggunakan komputer yang lengkap dengan modul-modulnya? Bagi menjawab soalan itu, Utusan Malaysia menemui Penyelaras Sudut Akses, Sekolah Seri Bintang, Noraini Abd. Bari di Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau yang juga guru Matematik menolak tanggapan bahawa kaedah P&P manual lebih pantas berbanding bestari. Menurutnya, Projek Perintis Sekolah Bestari adalah lebih pantas berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) manual kerana melalui projek ini, pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan maklumat mengenai mata pelajaran tanpa hanya merujuk kepada buku-buku teks.

Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri di kalangan guru adalah salah  satu faktor penyebab kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer) (Bliss, 1986).

Keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang bersikap negatif atau tidak berkesan dalam penggunaan komputer akan mendorong kepada penolakan inovasi komputer (Somekh, 1989). Menurut Gan (1991), penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu di kalangan guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan (Woodrow, 1992).

Adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari hanya mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu kepastian ( Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian ini ditumpukan  kepada keperluan  guru-guru terhadap ICT dalam konteks yang lebih luas tentang literasi maklumat(iaitu kebolehan untuk mencari, mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualiti maklumat;memilih, suaikan, gunakan maklumat bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta mengadakan refleksi terhadap proses ini.




Perancangan

Perhubungan & penyampaian maklumat

Penempatan maklumat

Menyusun maklumat

Menilai & memilih maklumat

Tujuan
 






















Rajah 1 : Kitaran Maklumat

Rajah kitaran maklumat di atas adalah model yang diperolehi Dr. Williams, 1986, merupakan suatu kitaran dalam semua pengurusan maklumat dan ianya penting bagi untuk memahami bagaimana ICT dapat membantu mencapai objektif pengajarannya.






3.1   Metodologi Kajian

Fokus  kajian adalah terhadap keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT guru yang dikaji berdasarkan

3.1.1          kecekapan teknikal – kebolehan dan kecekapan praktikal dalam menggunakan perkakasan dan perisian
3.1.2          kebolehan dan kecekapan aplikasi dalam menggunakan ICT bagi tujuan khas/tertentu      ( termasuk pengumpulan maklumat individu dan professional)
3.1.3          kemampuan untuk mengintegrasi kefahaman pedagogi dalam penggunaan ICT sebagai sumber pengajaran dalam bilik darjah, kemampuan untuk menggalakkan perkembangan kemahiran IT pelaksanaan dalam matapelajaran yang diajar serta kemampuan untuk memilih ICT yang sesuai dalam pengajaran harian.

3.2   Sampel Kajian

Melibatkan seramai 142 orang guru bagi 10 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah dalam Jajahan Kota Bharu. Soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat asas bagaimana tahap kecekapan ICT digunakan secara peribadi dan professional, pandangan tentang keperluan dan keutamaan bagi perkembangan masa depan yang akan membantu mereka agar lebih cekap dalam penggunaan ICT.
Kajian ini dijalankan pada bulan Oktober/November 2002, selepas peperiksaan UPSR bagi sekolah rendah serta persiapan SPM bagi sekolah menengah.


Jadual 1  :  Taburan Kekerapan dan Peratus Guru Sekolah Rendah
dan Guru Sekolah Menengah
Sekolah
N
%
Menengah
96
67.6
Rendah
46
32.4
Jumlah
142
100.0






Jadual 2 :  Taburan Kekerapan dan Peratus Guru Siswazah
dan Bukan Siswazah

Kategori
N
%
Siswazah
82
57.7
Bukan Siswazah
60
42.3
Jumlah
142
100.0













4.1   Dapatan Kajian dan Perbincangan
4.1.1   Dapatan Kajian

Data  yang diperolehi  telah direkodkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS    ( Statistical Package for the Sosial Sciences ), iaitu dengan menganalisis kekerapan dan peratus bagi soal selidik yang dikemukakan kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah sekitar PPD Kota Bharu bagi menjawab kesemua soalan kajian yang dirancangkan.

4.1.1.1   Analisis kekerapan dan peratus bagi mengenalpasti persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka adalah seperti berikut :

Jadual 3 : Persepsi guru terhadap ICT

Soalan Soal Selidik
Setuju
Tak pasti
Tak setuju
Tak menjawab
n
%
n
%
n
%
n
%
ICT membantu seseorang mendapat / menguasai pengetahuan secara efektif

124
87.3
11
7.7
3
2.1
4
2.8
Fikir ICT membantu

113
79.6
17
12.0
5
3.5
7
4.9
Sekolah saya mempunyai tanggapan yang positif untuk menggunakan ICT

116
81.7
14
9.9
8
5.6
4
2.8
ICT menggalakkan pelajar untuk belajar

114
80.3
21
14.8
3
2.1
4
2.8
Saya berminat belajar menggunakan ICT

127
89.4
1
0.7
0
0.0
14
9.9
Saya dapati kursus ICT sangat berguna

119
83.8
3
2.1
1
0.7
19
13.4

Majoriti responden setuju bahawa ICT boleh membantu mereka dalam mencari maklumat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dari data-data yang diperolehi di atas, dapat dilihat bahawa :

  • Peratus yang tertinggi 89.4 % guru menyatakan mereka berminat untuk belajar menggunakan ICT
  • 87.3 % guru-guru mengaku bahawa ICT membantu seseorang mendapat dan menguasai pengetahuan secara efektif.
  • Secara keseluruhannya lebih dari 80.0 % guru-guru mempunyai tanggapan yang positif untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.



4.1.1.2   Analisis kekerapan dan peratus bagi melihat keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan guru adalah seperti berikut :

Jadual 4 : Keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT guru
Tahap pengetahuan dan kemahiran ICT guru

Bilik Darjah
Urusan Pribadi
n
%
n
%
Sangat cekap

4
2.8
10
7.0
Cekap

27
19.0
45
31.7
Tidak cekap

43
30.3
55
38.7
Tidak tahu

7
4.9
1
0.7
Tidak menjawap

61
43.0
31
21.8

21.8 % responden menggolongkan mereka dalam golongan yang cekap dan sangat cekap dalam pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT dalam bilik darjah. Sedangkan suatu peratus yang besar, 78.2 % lagi guru-guru yang masih belum cekap untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menggunakan ICT.

38.7 % mendapati diri mereka sangat cekap dan cekap dalam pengetahuan dan kemahiran ICT dalam aktiviti harian individu.

Oleh yang demikian, terdapat 16.9 % daripada guru-guru ini memiliki kecekapan dalam pengetahuan dan kemahiran ICT tapi tidak berpeluang melaksanakan kecekapan ini dalam bilik darjah.


4.1.1.3   Analisis kekerapan dan peratus bagi melihat apakah sumber ICT yang selalu digunakan oleh guru sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut :

Jadual 5 : Kekerapan penggunaan sumber ICT guru

Sumber ICT
Harian
Mingguan
Bulanan
Tak Pernah
Tak Jawab
n
%
n
%
n
%
n
%
n
%
Internet
2
1.4
3
2.1
9
6.3
87
61.3
41
28.9
E-Mail
0
0.0
0
0.0
6
4.2
92
64.8
44
31.0
Network
3
2.1
1
0.7
4
2.8
88
62.0
46
32.4
Video Conference
0
0.0
0
0.0
1
0.7
95
66.9
46
32.4
Fax
0
0.0
0
0.0
0
0.0
97
68.3
45
31.7
Word Processing
14
9.8
13
9.2
10
7.0
69
48.6
36
25.4
Database Spreadsheet
6
4.2
3
2.1
9
6.3
84
59.2
40
28.2
Desktop Publishing
7
4.9
2
1.4
4
2.8
86
60.6
43
30.3
Digital Scanner
5
3.5
7
4.9
5
3.5
87
61.3
38
26.6
Digital Camera
1
0.7
1
0.7
0
0.0
96
67.6
44
31.0
Educational Software
4
2.8
6
4.2
10
7.0
79
55.6
43
30.3
CD-ROM Information Source
3
2.1
2
1.4
5
3.5
82
57.7
50
35.2
On-line Information Source
3
2.1
2
1.4
6
4.2
83
58.5
48
33.8

2 comments:

  1. Pada masa ini penggunaan ICT amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik disamping mengikut arus kemajuan.

    ReplyDelete
  2. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan ambil tahu manfaat pengenalan ict dewasa ini. Apatah lagi sebagai guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini.

    ReplyDelete